
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
KOMUNITI CUCI MASJID



Objektif KCM
Aktiviti Kami
Komuniti Cuci Masjid (KCM) ditubuhkan bagi melaksanakan kegiatan kebajikan dan sosial kepada golongan remaja. KCM mempunyai visi untuk menyatupadukan masyarakat Islam di dalam satu misi untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Matlamat Penubuhan
​
-
Menjalankan aktiviti sukarela pembersihan kawasan masjid secara berkumpulan sebagai satu ibadah kepada Allah s.w.t.
-
Meningkatkan tahap kesedaran dikalangan ahli dan orang awam tentang pentingnya penjagaan kebersihan di kawasan masjid.
-
Membina budaya pembersihan kawasan masjid sebagai budaya yang harus dijalankan secara berterusan dan berkala.
-
Menjadi agen perubahan kepada minda dikalangan ahli tentang pentingnya merubah sikap daripada sikap hanya menegur kepada sikap proaktif.
-
Membantu pembangunan karakter muslim yang tinggi.




Program pembersihan dan pengindahan perkarangan masjid, kawasan solat, tandas serta tanah perkuburan yang dilakukan secara berkala di mana setiap masjid yang terlibat juga akan menerima pengagihan yang tidak terhad kepada :
​a. Mesin Pencuci Jet Air
b. 5 x Set Lengkap Kain Kafan untuk pengurusan jenazah
c. 5 x Set Buku Mengerjakan Solat Sempurna

Agen pelaksana kepada penyumbang-penyumbang ikhlas yang menyumbang barangan seperti cat, simen dan sebagainya untuk menyempurnakan tugasan tersebut.
​Menjana program motivasi kepada golongan belia agar sentiasa memegang Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadi kewajipan di dalam agama.
​

Perlaksanaan Program Cuci Masjid Setakat Ini
275