
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
KOMUNITI CUCI MASJID



Penaung Komuniti Cuci Masjid

​​Ahli Jawatankuasa Komuniti Cuci Masjid

Senarai Ahli Jawatankuasa Komuniti Cuci Masjid
Tan Sri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria - Mufti Perak

Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria adalah merupakan Mufti Negeri Perak sejak tahun 2000. Berdasarkan kepada ketokohan beliau dalam bidang keilmuan Islam, Tan Sri telah diberi kepercayaan untuk menyandang pelbagai jawatan, sama ada dalam badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun, mahu pun sektor swasta. Antara jawatan yang masih disandang oleh beliau sehingga kini ialah Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan, Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri Perak, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran, Ahli Majlis Penasihat Kumpulan Maybank, Pengerusi Lembaga Pengelola Koleh UNISMA, dan Ahli Panel Penasihat Syariah Permodalan Nasional Berhad.
Komuniti Cuci Masjid amat berbesar hati di atas kesudian Tan Sri untuk menjadi penaung dan berharap lebih ramai para Cendikiawan Islam untuk sama-sama menyokong usaha kami ini dalam menjaga dan mengimarahkan masjid-masjid yang mana ianya merupakan rumah Tuhan kita yang Maha Esa.